Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*][url=http://www.glitterfy.com/][img]http://img41.glitterfy.com/12339/glitterfy2081309T888B81.gif[/img][/url]

Wednesday 5 December 2012

0ne First L0ve~

                                                          بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم                              
                            in the name of Allah ,the Most Gracious and the most Merciful

Yang mana satu pilihan anda,antara buah yg sedia jatuh berguguran ke tanah atau yg masih berada di atas pokok?

Demikian lah juga dengan saya akan memilih yang di atas dari yang di bawah kerana apa?kerana biasanya buah yang jatuh berguguran itu telah rosak dan ada yang telah ditebuk binatang sebagai contoh dimakan oleh seekor atau lebhi seekor dari serangga.Mungkin juga di makan oleh tupai atau monyet liar.Tetapi  tidak buah yang di atas ,belum disentuh dan menjadi idaman hampir setiap orang yang memandang.

Begitulah boleh diumpamakan dengan nilai diri kita dalam memulakan episod cinta pertama .Rasa cinta pasti hadir bila tiba saatnya.Tanpa dijemput atau dipinta,ia pasti hadir membuai rasa  di hati kita.keinginan untuk mencintai dan di cintai tidak perlu dipelajari itu fitrah .Tetapi jangan kita lupa ,fitrah juga perlukan hidayah.Hidayah lah yang akan menujuk arah sebenar perjalanan sebuah cinta suci.


Bagaimana yang dikatakan dengan cinta suci?Adakah seperti cintanya Remeo dan juliet?atau umpama cintanya seorang wanita bernama Laila?sehingga ia digelar "
Laila majnun" oleh masyarakat waktu itu kerana cinta nya yang menggunung?Begitukah cinta suci yang kita inginkan?
Cinta suci meletakkan Allah sebagai "
matlamat"  tertinggi.cinta sesama makhluk cuma sebagai "alat"  .Alat untuk mencapai matlamat meraih kasih sayang dan redha Allah swt. untuk itu sebelum terjebak dalam cinta ,seharusnya kita berusaha menjadi diri yang  tepat untuk mencintai "sebelum bersantai-santai"  mencari diri yang tepat untuk dicintai semua ini tidak dapat lari dari "hukum"  tarikan cinta-sunnatullah yang tidak dapat dingkari,saling cinta menyintai,saling lengkap -melengkapi.
Namun,jangan ungkapkan kalimah cinta terlalu awal.sebelum diri benar -benar siap menjadi diri yang tepat .usah risau diri tidak disapa cinta manusia yakinlah pada aturan yang Allah lakaran  dalam setiap kehidupan yang ada .Telah tertulis jodoh ,rezeki,ajal di tangannya serahkan sahaja kepada Allah swt.Apabila tiba saatnya.Allah akan temukan hati yang satu lagi hati yang penuh cinta untuk memberi cinta,saat itu hati kita telah sedia untuk menerima cinta tepat waktunya dan sesuai keadaanya.

Sesungguhnya janji Allah itu benar .Apabila kita telah tepat memilih untuk sebuah cinta ,pasti akan hadir cinta yang tepat untuk kita.Hanya dengan menjadikan juga akan seiring dengan laluan matlamat utamanya .matlamat yang hanya untuk meraih sebuah cintA yang hakiki,cinta ilahi.Apabila laluannya adalah tepat dengan tujuannya pasti kita akan temuai orang yang tepat  menyambut dan meraih cinta kita,


".......
sesungguhnya Allah swt berfirman melalui kalamnya "....sedangakan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,manakala lelaki yang baik untuk perempuan -perempuan yang baik (pula)...." * surah An-Nur ayat 26)


yakinlah ,kita tidak akan disia-siakan Allah jualan sebaik-baik pentadbiran dan pentaqdir sebuah kehidupan .jika matlamat cinta telah utuh semata-mata kerana Allah ,jadilah ia buah cinta yang ranum di atas pohonan rahmat dan kasih sayang -nya.lantaran  cinta itu terpelihara di dalam jagaanya,jatuhnnya hanya setelah ranum di atas dahan rahmat. dan  mungkin juga buah cinta itu tidak akan jatuh sekalipun telah ranum di capai dengan hormat dan selamat,tidak ternoda oleh tangan-tangan nafsu yang mengikat .Dinikmati dalam bahagia yang penuh dengan keredhaan dan keampunan .Dan itulah cinta pertama dan cinta selamanya ..(sampai ke syurga). cinta yang tidak untuk yang kedua kalinya. 

Hanya cinta pertama! insyaALLAH klu lah di ati ku hnya km0 permata ati ku ) 



                                                                                 

No comments:

Post a Comment

Cute Polka Dotted Magenta Bow Tie Ribbon